Hubungan di antara keintiman verbal, afektif & sosial dengan penggunaan Instant Messaging

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti hubungan keintiman verbal, afektif dan sosial dengan penggunaan Instant Messaging.Kajian yang dijalankan ini menggunakan persampelan mudah dan persampelan bertujuan. Gabungan persampelan mudah dan persampelan bertujuan ini akan mengambil mana-mana responden...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Abdul Hamid, Zauridah
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Utara Malaysia 2007
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/14077/1/9.pdf
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti hubungan keintiman verbal, afektif dan sosial dengan penggunaan Instant Messaging.Kajian yang dijalankan ini menggunakan persampelan mudah dan persampelan bertujuan. Gabungan persampelan mudah dan persampelan bertujuan ini akan mengambil mana-mana responden yang boleh dicapai dengan berdasarkan ciri tertentu sahaja yang bersesuaian dengan fokus kajian.Dalam kajian ini seramai 261 orang responden telah memberikan kerjasama dengan menjawab soal selidik ini.Hasil kajian ini mendapati tidak terdapat perbezaan dari segi kekerapan penggunaan Instant Messaging antara jantina.Melalui ujian korelasi Pearson bagi melihat hubungan antara kekerapan penggunaan IM dengan keintiman verbal, afektif dan sosial mendapati wujud perkaitan yang signifikan dan mempunyai hubungan yang positif.Manakala ujian T yang dijalankan untuk melihat samada keintiman verbal, afektif dan sosial menerusi penggunaan IM berbeza antara pelajar lelaki dan perempuan mendapati tidak wujud perbezaan yang signifikan. Ini menunjukkan keintiman verbal, afektif dan sosial yang wujud menerusi hubungan melalui IM antara pelajar lelaki dan perempuan adalah tidak berbeza.