Akta sewa beli 1967: Implikasinya terhadap perjanjian sewa beli Islam

Memasuki perjanjian sewa beli dengan institusi kewangan merupakan salah satu cara masyarakat boleh memiliki kenderaan sendiri. Pada hari ini, orang ramai mempunyai pilihan sama ada memasuki perjanjian sewa beli konvensional atau perjanjian sewa beli Islam yang lebih dikenali sebagai AITAB. Kedua-dua...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohd Yusoff, Zuryati
Other Authors: Abu Bakar, Abu Sufian
Format: Book Section
Language:English
Published: Jabatan Ekonomi Awam & Kewangan, Fakulti Ekonomi, Universiti Utara Malaysia 2005
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/1414/1/Suryati_Mohamed_Yusoff%5B1%5D.pdf
Description
Summary:Memasuki perjanjian sewa beli dengan institusi kewangan merupakan salah satu cara masyarakat boleh memiliki kenderaan sendiri. Pada hari ini, orang ramai mempunyai pilihan sama ada memasuki perjanjian sewa beli konvensional atau perjanjian sewa beli Islam yang lebih dikenali sebagai AITAB. Kedua-dua bentuk perjanjian ini adalah tertakluk kepada akta yang sama iaitu Akta Sewa Beli 1967 (ASB). ASB 1967 terpakai di seluruh Malaysia dan berkaitan dengan perjanjian sewa beli yang berhubung dengan barang yang ditetapkan dalam Jadual Pertama Akta tersebut. la menetapkan beberapa formaliti yang perlu dipatuhi sebelum, semasa dan selepas perjanjian sewa beli dibuat. Akta ini juga telah menentukan isi kandungan dan bentuk perjanjian sews beli yang diiktiraf oleh Akta berdasarkan prosedur tertentu yang amat ketat dan mesti diikuti, kegagalan mematuhinya akan menyebabkan perjanjian sewa beli tersebut tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan.Kertas kerja ini akan membincangkan pemakaian peruntukan ASB yang bertentangan dengan Syarak di dalam perjanjian sewa beli Islam dan implikasinya terhadap perjanjian sewa beli Islam tersebut.