Summary: | Organisasi Industri ialah kajian mengenai firma, pasaran dan industri. Dalam sistem ekonomi kapitalis pasaran bebas dan ekonomi campuran yang diamalkan di kebanyakan ekonomi
di dunia, firma dan pasaran memainkan peranan penting dalam perekonomian negara.Analisis utama Organisasi Industri meliputi aspek-aspek teorikal dan emperik mengenai struktur pasaran, gelagat firma, prestasi firma dan pasaran, serta isu-isu berkaitan polisi kerajaan bagi mengawal firma dan pasaran. Huraian teori dan analisis Organisasi Industri
secara lengkap dalam buku ini dapat dimanfaatkan oleh mereka yang ingin mendalami tentang gelagat firma dan pasaran.
|