Summary: | Sarawak telah mencapai kemerdekaan daripada Kolonial British melalui Pembentukan Malaysia.
Selepas peristiwa berdarah dengan pembunuhan Duncan Steward oleh pejuang anti penyerahan
(anti-Cession) iaitu Rosli Dhobi, 1949 dan sebelum Sarawak memperoleh kebebasan sepenuhnya
bersama-sama dalam pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, pelbagai masalah wujud
dalam kalangan masyarakat Melayu yang masih berpecah ketika itu.Perpecahan masyarakat Melayu
Sarawak terserlah apabila terdapat dua puak iaitu puak yang menyokong penyerahan Sarawak dan
puak yang menentang penyerahan yang dikenali sebagai anti penyerahan.Kesan daripada keadaan
tersebut membawa kepada pelbagai tindakan yang diambil oleh golongan Melayu terutamanya
golongan perabangan ketika itu yang memainkan peranan utama dalam menyatukan masyarakat
Melayu di Sarawak.Antara pemimpin Melayu Perabangan Sarawakyang memainkan peranan penting
kepada nasib orang Melayu ialahAbang Yusuf Puteh.Justeru, kertas kerja ini akan menjelaskan
tentang ketokohan Abang Yusuf Puteh, seorang pejuang Melayu yang kurang ditonjolkan lantaran
perjuangannya yang penting muncul pada era pasca kolonial. Kebitaraan Abang Yusuf Puteh dalam
perjuangan masyarakat Melayu Sarawak lebih terserlah selepas Sarawak wujud dalam
pembentukan Malaysia. Di samping itu, akan turut dibincangkan mengenai perjuangan beliau dalam
mempertahankan budaya masyarakat Melayu di Sarawak. Perjuangan beliau bukan bersifat
penentangan terus terhadap penjajah tetapi lebih bersifat sederhana sebagai nasionalis pasca
kolonial.Perjuangan ini dapat dilihat melalui pemikiran yang sering dipaparkan menerusi tulisan-tulisan beliau dari pelbagai aspek kehidupan masyarakat Sarawak.Terutamanya perjuangan beliau
dalam membangunkan kesedaran orang-orang Melayu Sarawak dari segi pendidikan sebagai salah
satu aspek terpenting dalam menghapuskan kemiskinan masyarakatMelayu di Sarawak.Oleh yang
demikian,kertas kerja ini akan memaparkan tentang ketokohan Abang Yusuf Puteh dan merungkai
pemikirannya pada era pasca kolonial.
|