Hubungan Kerajaan Negeri Sabah dan Persekutuan sewaktu era pemerintahan Parti Berjaya (1976-1985)

Hubungan antara Kerajaan Negeri Sabah dan Persekutuan yang terjalin sekian lama telah memberikan kesan baik terhadap pembangunan ekonomi, sosial dan kestabilan politik.Penulisan ini akan melihat kesan hubungan kerajaan negeri dan persekutuan sewaktu era Parti Berjaya. Penulisan ini turut menyentuh s...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ungki, Japar
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/14536/1/19.pdf
Description
Summary:Hubungan antara Kerajaan Negeri Sabah dan Persekutuan yang terjalin sekian lama telah memberikan kesan baik terhadap pembangunan ekonomi, sosial dan kestabilan politik.Penulisan ini akan melihat kesan hubungan kerajaan negeri dan persekutuan sewaktu era Parti Berjaya. Penulisan ini turut menyentuh secara ringkas sejarah hubungan kerajaan negeri dan persekutuan pasca Sabah bersama-sama membentuk Persekutuan Malaysia sehingga 1976 (sebelum era Parti Berjaya) dan semasa era PBS (1985 - 1990).Pemerintahan Parti Berjaya di Sabah dilihat dari dua fasa yang berikut iaitu Fasa Pertama (1976 - 1981) dan Fasa Kedua (1981 -1985).Kesan hubungan baik antara kerajaan negeri dan pusat telah membolehkan tahap pembangunan negeri Sabah menjadi sangat baik, pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan dan memperlihatkan keseimbangan pembangunan antara bandar dan luar bandar.Penulisan ini turut menyentuh kemerosotan sokongan rakyat terhadap pemerintahan Parti Berjaya, walaupun tidak dapat dinafikan bahawa Parti Berjaya telah memberikan nikmat pembangunan, kemudahan sosial serta telah mengwujudkan suasana politik yang stabil. Hubungan akrab kerajaan negeri dan persekutuan memberikan kesan jangka panjang terhadap pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial serta kestabilan politik dan kesannya dapat dilihat pada hari ini.Hubungan baik kerajaan negeri dan persekutuan membolehkan rakyat Sabah mendapat banyak manfaat dari aspek pembangunan dan penyaluran dana persekutuan secara berterusan sewaktu era pemerintahan Parti Berjaya. Hubungan baik kerajaan negeri dan persekutuan membolehkan Parti Berjaya dapat diterima oleh rakyat pelbagai kaum di Sabah iaitu bumiputera Islam,bumiputera bukan Islam dan Cina sepanjang sembilan tahun pemerintahannya.