Summary: | Pemerintahan Maharaja Meiji (1867-1912) mewarisi keadaan sosioekonomi dan politik tidak stabil
dari pemerintahan kesyogunan Tokugawa mendorong rakyatnyabermigrasi ke seberang laut.Ketika
itu Sabah di bawah pemerintahan British North Borneo Chartered Company (BNBCC) turut menghadapi masalah kekurangan buruh serta modal menggalakkan orang Jepun bermigrasi ke Sabah.Berlakunya situasi saling memerlukan antara satu sama lain demi survival ekonomi kedua belah pihak menyebabkan wujud komuniti kecil Jepun di Sabah sebelum Perang Dunia Kedua.Mereka berperanan sebagai buruh dan pemodal dalam pelbagai jenis kegiatan ekonomi.Justeru artikal ini bertujuan menganalisis impakaktiviti ekonomi imigran Jepun dalam ekonomi Sabah sekitar 1880-an-1940-an.Penyelidikan ini disempurnakan dengan menggunakan kaedah kajian perpustakaan melalui penggunaan sumber primer dalam bentuk dokumen bertulis yang diperolehi dari arkib dan juga ibu pejabat dan agensi yang berkaitan.Sumber-sumber ini kemudian dianalisis dengan menggunakan pendekatan metodologi dari disiplin ilmu sains sosial lain sebagai ilmu bantu dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan pendekatan penulisan sejarah sebagai kaedah
penulisannya.Melalui analisis dari kaedah penyelidikan yang digunakan, kajian ini mendapati
masyarakat Jepun di Sabah memberi impak positif kepada perkembangan teknologi, hasil keluaran,
perdagangan asing, perkapalan dan pelaburan serta kemudahan asas Sabah.Bagaimanapun peranan
sebagai buruh tidak seperti yang diharapkan. Sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua buruh Jepun
di Sabah masih sedikit jumlahnya.
|