Summary: | Buku ini memuatkan kajian tentang Strategi Daya Tindak (SDT) yang sering digunakan oleh bekas penagih dadah selepas mereka mengikuti program pemulihan atau yang
sedang dalam program pengawasan Agensi Dadah Kebangsaan (ADK). Secara khususnya,buku ini meneliti bentuk dan kekerapan strategi yang digunakan untuk melindungi diri
seseorang penagih dadah bagi menjauhi tabiat mengunakan dadah selepas menerima rawatan. Buku ini mengandungi lima bab yang merngkumi tajuk Bab Satu - Strategi Daya
Tindak , Bab Dua - Kajian Strategi Daya Tindak, Bab Tiga - Strategi Daya Tindak Pengih Dadah, Bab Empat - Perubahan Strategi Daya Tindak Selepas Rawatan, Bab Lima -
Rumusan kajian. Selain membincangkan implikasi pada teori dan amalan, buku ini turut memuatkan bersama borang soal selidik dan prosedur perintah bagi menjalani program jagaan lanjutan dan pengawasan.Akhir sekali, buku ini turut melaporkan hasil kajian yang dilakukan untuk meneliti penggunaan strategi ini dalam kalangan penagih dadah.
|