Fenomena 'Arab Spring' di Asia Barat

Istilah “Arab Spring” atau dikenali dalam bahasa Arab “al-Rabi al-Arabi” merupakan revolusi tunjuk perasaan dan protes rakyat ke atas kerajaan yang memerintah.Ia dikatakan bermula pada 18 Disember 2010 di Sidi Bouzid, Tunisia. Walau bagaimanapun, fenomena yang meletus ini turut menular ke beberapa...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Musa, Siti Nurul Izah, Mujani, Wan Kamal Mujani
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/14560/1/6.pdf
Description
Summary:Istilah “Arab Spring” atau dikenali dalam bahasa Arab “al-Rabi al-Arabi” merupakan revolusi tunjuk perasaan dan protes rakyat ke atas kerajaan yang memerintah.Ia dikatakan bermula pada 18 Disember 2010 di Sidi Bouzid, Tunisia. Walau bagaimanapun, fenomena yang meletus ini turut menular ke beberapa buah negara Asia Barat yang lain. Antaranya Mesir, Libya, Yaman dan Syria. Justeru itu, artikel ini adalah bagi menganalisis fenomena Arab Spring yang berlaku di negara-negara tersebut.Di samping itu artikel ini bertujuan untuk melihat dengan lebih mendalam bagaimana tercetusnya pergolakan yang berlaku dan mengenal pasti faktor-faktor yang membawa kepada tunjuk perasaan rakyat.Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu pendekatan analisis dokumen untuk mencerakinkan maklumat daripada sumber berautoriti bagi memastikan kesahihan maklumat yang diperoleh.Hasil kajian mendapati bahawa gelombang kebangkitan rakyat merupakan protes rakyat terhadap kerajaan sedia ada.Terdapat beberapa faktor seperti politik, ekonomi dan sosial yang merupakan punca utama membawa kepada fenomena Arab Spring. Walaupun ia berpunca daripada isu atau permasalahan yang berbeza-beza bagi setiap negara, namun matlamat kebangkitan rakyat tetap sama iaitu memprotes kerajaan yang tidak adil dan menuntut hak-hak rakyat dikembalikan semula.