Sistem pengajian Turasi Islam di Malaysia: Satu tinjauan awal berdasarkan sejarah perkembangannya

Kertas kerja konsep ini membincangkan tentang sistem pengajian Turasi yang menjadi pemangkin kepada kesuburan dan kekuatan pegangan Islam di Nusantara semenjak dahulu sehinggalah negara ini digelar sebagai Malaysia.Ianya merupakan satu sistem yang diwarisi sejak zaman berzaman semenjak 1435H tahun y...

全面介绍

书目详细资料
Main Authors: Abdul Rahman, Mohd Nizho, Ismail, Solahuddin
格式: Conference or Workshop Item
语言:English
出版: 2014
主题:
在线阅读:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/14581/1/25.pdf
实物特征
总结:Kertas kerja konsep ini membincangkan tentang sistem pengajian Turasi yang menjadi pemangkin kepada kesuburan dan kekuatan pegangan Islam di Nusantara semenjak dahulu sehinggalah negara ini digelar sebagai Malaysia.Ianya merupakan satu sistem yang diwarisi sejak zaman berzaman semenjak 1435H tahun yang lalu.Melalui sistem pengajian Turasi inilah, maka lahir ilmuan Islam yang mampu mempertahankan khazanah Islam yang tinggi nilainya.Para ilmuan mengajar dan mengarang kitab dengan mengambilkira disiplin ilmu yang mesti dilalui oleh setiap pelajar agar ilmu yang diterima mampu diamal serta disebarkan. Keberkatan sistem pengajian ini mampu melahirkan mereka yang hebat bukan hanya di dalam negara malah di luar negara. Kelainan yang terdapat pada sistem pengajian ini menampakkan suatu keberkesanan dan kemantapan dalam mempertahankan sistem pengajian Turasi secara Talaqqi yang membezakannya dengan sistem pengajian yang berlaku pada aliran pengajian biasa. Justeru kajian mendapati sistem dan kaedah yang diguna pakai mampu melahirkan manusia yang berguna kepada diri sendiri, masyarakat dan negara.