Summary: | Konservasi ataupun pemuliharaan amat penting bagi negara kita dalam usaha membina negara bangsa
yang dikongsi bersama oleh masyarakat pelbagai kaum dan etnik.Kajian ini dibuat dengan objektif untuk mencari maklumat dan kemudiannya mendokumentasikan bangunan bersejarah dan tapak warisan kebudayaan di negeri utara Malaysia.Hasil dokumentasi ini akan kemudian diklasifikasi dan
dikategorikan bagi tujuan mewujudkan indeks maklumat pintar yang akan memudahkan dan menjadi
panduan penting untuk membantu perkembangan industri pelancongan warisan (Heritage Tourism) di
Malaysia.Indeks ini diharap akan menjadi alat dan garis panduan penting kepada industri pelancongan
negara.Metodologi penyelidikan yang dijalankan dalam bentuk kualitatif, yang akan banyak bertumpu
kepada kajian yang berbentuk kerja lapangan. Tumpuan akan diberikan terhadap bangunan-bangunan
bersejarah dan tapak warisan kebudayaan. Tinjauan dan lawatan akan dilakukan ke atas tempat-tempat
yang terlibat seperti mana bangunan bersejarah dan tapak warisan kebudayaan yang telah pulihara dan
dimajukan contohnya Pasir Salak di Perak, Kota Kuala Kedah di Kedah, Kota Al Marhum Kayang di Perlis dan Kota Cornwallis di Pulau Pinang. Kerja lapangan ke atas tapak-tapak tersebut bertujuan untuk proses pengimejan dan mengumpul data primer berkaitan.Selain dari itu kajian ini juga akan
menumpukan kepada kajian berbentuk “content analysis” dan kajian arkib. Pencarian maklumat semua sumber warisan seperti Jabatan Warisan, bahan-bahan primer dari arkib di Arkib Negara Malaysia dan Muzium Negara Malaysia, dan muzium-muzium negeri.Pada masa yang sama kajian ini turut merujuk sumber-sumber sekunder (kedua) iaitu dari bahan-bahan rujukan yang berkaitan.Selain itu kajian akan menumpukan kepada kajian bercorak temubual dan tinjauan (survey).Temubual akan dilakukan dengan pihak –pihak berwajib seperti Pesuruhjaya Warisan, Pegawai Daerah, Majlis Kerajaan Tempatan, Badan budaya dan warisan kerajaan negeri.Manakala tinjauan akan dibuat terhadap penduduk setempat dan orang awam.Kajian kemudiannnya akan mengklasifikasikan dan mengkategorikan hasil pendokumentasian.Indeks bagi pengkategorian ini akan dibentuk berdasarkan kajian kepada modelmodel sedia ada.
|