Pengantar pengurusan konflik antarabangsa

Pengantar pengurusan konflik antarabangsa ini bertujuan menerangkan secara umum mengenai perihal konflik yang sering berlaku dalam hubungan antarabangsa. Penjelasan yang mengandungi sembilan bab ini diharap dapat memberikan manfaat kepada pembaca serta masyarakat tentang pelbagai konflik dan cara m...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Sakdan, Mohd Fo'ad
Format: Book
Published: Penerbit Universiti Utara Malaysia 2010
Subjects:
Description
Summary:Pengantar pengurusan konflik antarabangsa ini bertujuan menerangkan secara umum mengenai perihal konflik yang sering berlaku dalam hubungan antarabangsa. Penjelasan yang mengandungi sembilan bab ini diharap dapat memberikan manfaat kepada pembaca serta masyarakat tentang pelbagai konflik dan cara menanganinya sama ada secara positif mahupun sebaliknya. Bab pertama diperkenalkan tentang beberapa teori utama dalam konflik antarabangsa yang berkeupayaan memberikan idea tentang mengapa wujudnya sesuatu konflik tersebut. Di bab kedua pula, dihuraikan berkenaan siapakah aktor-aktor atau pihak yang berperanan dalam konflik hubungan antarabangsa. Ini diikuti di bab ketiga yang menjelaskan mengenai faktor–faktor dan instrumen yang sering terbabit dan diguna pakai dalam konflik tersebut. Seterusnya bab keempat, lima, enam, tujuh dan lapan diperincikan tentang konflik-konflik utama yang sering menyebabkan berlakunya pertelingkahan, permusuhan dan peperangan dalam kalangan masyarakat dan negara umumnya. Ini melibatkan konflik ideologi, ekonomi, etnik, agama dan sempadan. Manakala bab yang terakhir dihuraikan beberapa pendekatan yang sering dipraktikkan dalam usaha menangani konflik yang wujud. Ini meliputi tatacara seperti kaedah perundingan, kaedah perantaraan, kaedah timbang tara dan juga pembentukan pasukan keselamatan.