Summary: | Buku ini mengemukakan persiapan yang akan dihadapi oleh penilai bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang ada kalanya di luar batasan moral, etika, akhlak, polisi,
prosedur dan peraturan kesan daripada perlaksanaan sistem penilaian prestasi.Sehubungan itu, pihak yang terlibat dalam sistem ini, hendaklah peka dan lebih berwaspada apabila berhadapan dengan isu-isu pengurusan pada abad ke-21 yang lebih terdedah kepada maklumat-maklumat terkini, kepekaan terhadap perundangan,dan keprihatinan terhadap kualiti persekitaran di tempat kerja. Buku ini disediakan
khusus untuk pengurus dan kakitangan awam, sektor swasta, badan-badan bukan kerajaan, ahli akademik dan golongan profesional, yang sentiasa dihambati pelbagai permasalahan dalam penilaian prestasi. Selain itu, pelajar Institut Pengajian Tinggi(IPT) juga disarankan membaca buku ini kerana mereka akan turut menghadapi masalah yang sama pada masa hadapan.
|