Pengurusan reputasi jenama: Pengaruh pengalaman jenama pengguna terhadap pengurusan reputasi universiti
Pengurusan reputasi jenama universiti amat penting bagi menarik lebih ramai pelajar dan tenaga pengajar yang cemerlang untuk memasuki sesebuah universiti.Di samping itu, tahap persaingan yang sengit telah memaksa universiti berusaha meningkatkan reputasi universiti masing-masing dengan pelbagai st...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/16340/1/1.pdf |
Summary: | Pengurusan reputasi jenama universiti amat penting bagi menarik lebih ramai pelajar dan tenaga
pengajar yang cemerlang untuk memasuki sesebuah universiti.Di samping itu, tahap persaingan yang
sengit telah memaksa universiti berusaha meningkatkan reputasi universiti masing-masing dengan pelbagai strategi.Namun, walaupun pelbagai model pengurusan reputasi jenama diketengahkan
namun masih terdapat jurang yang perlu diisi. Sebagai tambahan kepada model sedia ada, maka
pengalaman jenama pengguna telah ditambah bagi melihat hubungannya dengan pengurusan reputasi
jenama.Hasil daripada kajian terhadap 380 orang pelajar daripada dua (2) buah universiti di Utara
Semenanjung Malaysia mendapati terdapat hubungan signifikan antara pengalaman jenama pengguna
dan pengurusan reputasi jenama.Hasil kajian ini juga telah membuka mata pihak universiti agar tidak hanya menekankan kepada aspek pengajaran semata-mata sebaliknya pengalaman pelajar dalam
aspek lain tidak harus diabaikan. |
---|