Impak pelaksanaan gaji minima ke atas prestasi kerja: Kajian terhadap syarikat IKS di kawasan utara

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji impak pelaksanaan gaji minima terhadap prestasi kerja majikan dan pekerja-pekerja industri kecil dan sederhana (IKS) di kawasan utara.Kadar gaji minima yang telah diwartakan ialah sejumlah RM900 bagi semua pekerja swasta di kawasan Semenanjung dan sebanyak R...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: A. Rahman, Nor Azura
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/16364/1/18.pdf
Description
Summary:Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji impak pelaksanaan gaji minima terhadap prestasi kerja majikan dan pekerja-pekerja industri kecil dan sederhana (IKS) di kawasan utara.Kadar gaji minima yang telah diwartakan ialah sejumlah RM900 bagi semua pekerja swasta di kawasan Semenanjung dan sebanyak RM800 bagi semua pekerja swasta kawasan Sabah dan Sarawak.Pelaksanaan gaji minimum di Malaysia telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2013 dengan kadar kenaikan gaji di Malaysia adalah yang terendah di rantau ini.Namun begitu, masih terdapat banyak syarikat yang memohon untuk dipertimbangkan pembayaran gaji minimum terhadap pekerja-pekerja mereka dan pihak kementerian telah melanjutkan tempoh pelaksanaan kepada 400 syarikat sehingga 31 Disember 2013 ini.Pendebatan tentang gaji minimum sudah menjadi isu negara selepas diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak pada 30 April 2012 dan harus dikaji secara mendalam bagi kepentingan para pekerja, prestasi syarikat dan pertumbuhan ekonomi negara secara menyeluruh.Kajian ini menggunakan kaedah secondary data iaitu kombinasi analisa dan maklumat yang diperolehi melalui jurnal, artikel, buku dan internet.Beberapa data diperolehi daripada Kementerian Kewangan bagi membantu membuat analisa dan kesimpulan mengenai kesan pelaksanaan gaji minima terhadap prestasi kerja majikan dan pekerja.Implikasi daripada kajian ini diharap dapat membantu pihak majikan dan pekerja dalam memberi prestasi kerja yang produktif serta dapat menguruskan tugas dengan baik.Kajian ini juga adalah penting dengan memberi gambaran yang sebenar betapa kepentingan polisi gaji minima terhadap ekonomi negara.