Summary: | Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan tahniah kepada calo-ncalon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 yang memperoleh keputusan cemerlang. Yang menariknya pada tahun ini, sekolah-sekolah luar bandar mencatatkan keputusan yang memberangsangkan. Apa yang menakjubkan ada di antara sekolah cemerlang ini baharu sahaja beroperasi misalnya, Sekolah Kebangsaan Darulaman Heights (SKDH), Jitra, Kedah yang dibuka pada 2011. Meskipun baharu sahaja beroperasi, namun sekolah ini berupaya mencatatkan keputusan kedua terbaik di daerah Kubang Pasu,
dengan mengalahkan banyak sekolah temama yang telah lama ditubuhkan. Bahkan, sekolah ini hanya ketinggalan sedikit berbanding sebuah sekolah berprestasi tinggi (SBT).
|