Menganyam askara tersurat dan tersirat: (Pantun peribahasa)

Pantun peribahasa ini tercipta hasil penelitian penulis terhadap peribahasa Melayu terpilih dan dikenal pasti dapat menghasilkan pantun empat kerat.Peribahasa pula kalau diteliti maknanya merujuk kepada frasa, ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan tetap dan mempunyai makna tertentu (Kamus...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Azman, Azmi
Format: Book
Published: Universiti Utara Malaysia Press 2015
Subjects:
Description
Summary:Pantun peribahasa ini tercipta hasil penelitian penulis terhadap peribahasa Melayu terpilih dan dikenal pasti dapat menghasilkan pantun empat kerat.Peribahasa pula kalau diteliti maknanya merujuk kepada frasa, ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan tetap dan mempunyai makna tertentu (Kamus Dewan, 2005, hal. 1185).Abdullah Hussain (1982, hal. v) menyatakan bahawa peribahasa adalah sastera atau jenis puisi Melayu lama “yang tak lapuk di hujan dan tak lekang di panas.” Selain itu, peribahasa merupakan karya sastera yang mencerminkan dan memancarkan jiwa peribadi bangsa Melayu.Pantun peribahasa ini asalnya saya terbitkan di blog azmirahman.esasterawan.net, di jurnal sastera siber esastera.com dan ada yang saya simpan sebagai catatan peribadi.Apabila pantun-pantun ini mahu diterbitkan, saya menyemak dan memurnikan semula setiap pantun supaya nampak ‘menjadi’ dan ‘bermakna.’Penerbitan buku ini, selain menambah khazanah genre puisi Melayu tradisional dapat juga membantu para peminat, pengkaji dan pelajar memahami dan mendekati genre pantun peribahasa. Selain itu, buku ini ini diharap dapat dimanfaatkan oleh khalayak semasa dan akan datang.