Summary: | Linguistik kritis menekankan bahawa ilmu linguistik ialah satu kaedah untuk meneliti pengaruh bahasa dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat.Fokus penelitian tertumpu kepada teks yang dianggap mempunyai berpengaruh dalam pembentukan sosial-politik-budaya masyarakat, dengan matlamat akhir untuk menghuraikan sifat bahasa yang lentur penggunaan.Oleh itu, penganalisis memberi perhatian kepada pengaruh bahasa dan wacana melalui analisis yang bertunjangkan ilmu linguistik Pendekatan analisis mengguna pakai item-item penganalisisan yang melihat pengaruh penggunaan kata, frasa, klausa, ayat dan aspek penghasilan teks dan wacana.Dalam kertas keja ini, beberapa item penganalisisan yang dicadangkan dalam linguistik kritis dan analisis wacana laitis akan digunakan untuk menunjukkan
bahawa bahasa merupakan suatu elemen penting dalam usaha memahami masyarakat.
|