Summary: | Kerangka Transformasi Perkhidmatan Awam (KTPA) dibangun berdasarkan prinsip dan landasan keutuhan tadbir urus, patriotisme yang tinggi, nilai-nilai murni, etika korporat dan integriti, eko-sistem dan persekitaran perkhidmatan awam yang hamoni, terangkurn, pelbagai serta kemajuan sains dan
teknologi.KTPA ini didokong oleh lirna Teras Strategik (TS) perkhidmatan awam iaitu medaya upaya bakat, merekayasa organisasi, merakyat penyampaian perkhidmatan, merangkum dan sepunya, dan membudaya nilai.Justeru agensi kerajaan mempunyai tanggundawab besar bagi mrealisasikan hasrat tersebut dan satu instrumen komprehensif wajar dibentuk.Sehubungan itu kajian ini membentangkan asas pembentukan kerangka persediaan pembuatan keputusan dan pembentukan strategik organisasi ke arah pencapaian transformasi tersebut.Tujuh dimensi dari model 7s Mckinsey telah digunakan untuk memahami kekuatan-kelemahan organisasi.Data dikumpul melalui soal selidii yang diadaptasi dari model 7s Mckinsey yang mempunyai 44 bilangan soalan, iaitu 9 untuk SISTEM, 8 untuk STAF, masingmasing 6 untuk STRATEGIK, STRUKTUR dan GAYA, 5 untuk PERKONGSIAN NILAI dan 4 untuk
KEMAHIRAN. Seramai 273 responden telah terlibat dan ujian kobolehpercayaan digunakan bagi
mengesahkan instrumen melalui 3 kriteria utama iaitu CoeBcient Alpha (CA), Corrected Item-Total
Correlation (CITC) dan Alpha If Item Deleted (AIID).Ujian mendapati semua dimensi memenuhi
kriteria dan hanya satu elemen 7s McKinsey iaitu STRATEGIK mencapai purata skor melebihi 70%.
Hubungan korelasi pula menunjukkan semua dimensi mempunyai hubungan signifikan pada nilai
p<0.001.Kajian juga menunjukkan wujud hubungan yang signifikan di antara GAYA KEMPIMPINAN dengan elemen SOFT dan ICL4RD.
|