Potensi dan pendekatan dalam perancangan pembangunan pelancongan pacuan komuniti di bawah inisiatif Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kedah, Malaysia

Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) merupakan sebuah pusat pelaksanaan pelbagai program pembangunan dalam merealisasikan matlamat membangunkan masyarakat luar bandar dari pelbagai segi seperti perkhidmatan, ekonomi, sosial, teknologi dan pendidikan.Pada asasnya terdapat lapan (8) inisiatif yang men...

Ful tanımlama

Detaylı Bibliyografya
Asıl Yazarlar: Ahmad, Hartini, Sulaiman, Nor Intan Saniah, Md Hashim, Azhari
Materyal Türü: Conference or Workshop Item
Dil:English
Baskı/Yayın Bilgisi: 2015
Konular:
Online Erişim:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/17103/1/7.pdf
Diğer Bilgiler
Özet:Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) merupakan sebuah pusat pelaksanaan pelbagai program pembangunan dalam merealisasikan matlamat membangunkan masyarakat luar bandar dari pelbagai segi seperti perkhidmatan, ekonomi, sosial, teknologi dan pendidikan.Pada asasnya terdapat lapan (8) inisiatif yang menjadi fokus pelaksanaan program transformasi masyarakat luar bandar oleh RTC yang diterajui oleh pelbagai kementerian berkaitan iaitu penyediaan latihan kemahiran kepada penduduk luar bandar, penyediaan kios informasi, memupuk pertanian bernilai tinggi, pemprosesan produk agro-makanan, pengurusan rantaian bekalan hasil pertanian, kerjasama universiti, perkhidmatan keselamatan makanan dan farmaseutikal, dan kemudahan pembiayaan kewangan kepada usahawan luar bandar.Namun bagi RTC Kedah, terdapat inisiatif ke-sembilan (9) iaitu pembangunan pelancongan yang diterajui oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Kertas kerja ini membincangkan potensi produk pelancongan tempatan dan pendekatan strategik dalam perancangan pembangunan pelancongan di Negeri Kedah yang dipacu oleh masyarakat luar bandar selari dengan peranan dan fungsi RTC. Dengan pelbagai nilai keunikan yang dimiliki selain Pulau Langkawi, fokus pelancongan bagi RTC Kedah dengan mengambil kira objektif transformasi masyarakat luar bandar, boleh dikembangkan melalui beberapa sektor utama iaitu penginapan, pengangkutan, pusat membeli-belah, makanan dan minuman, sukan dan rekreasi, produk pelancongan tempatan, serta kesenian, kebudayaan dan sejarah. Bagaimanakah masyarakat luar bandar boleh memainkan peranan utama dalam memacu industri pelancongan tempatan dan apakah pendekatan strategik yang bersesuaian dalam perancangan pembangunan pelancongan oleh RTC Kedah dan kementerian penerajunya.