Summary: | Resume yang dimiliki Pekin Ibrahim dalam portfolio lakonan tidak lagi perlu dipertikai.
Lebih satu dasawarsa bergelumang dalam bidang seni, pastinya Pekin tidak dapat lari daripada
berterusan ditebak soalan peribadi termasuk bila masanya dia akan menamatkan zaman bujang.
Mengakui sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga pada tahun ini, Pekin yang kini menemui peminat menerusi filem terbaharunya, Munafik sebaliknya
enggan tergesagesa memilih calon untuk dijadikan permaisuri hidup. Kesempatan bertemu pemilik nama sebenar Mohd. Iznan Ibrahim, 35, itu baru-baru ini dimanfaatkan sebaik mungkin bagi mengetahui perkara itu termasuk perkembangan kariernya selepas ini.
|