Kajian baseline sistem binaan bangunan berindustri (IBS): perspektif pemaju perumahan negeri Kedah dan Perlis

Sektor pembinaan berasaskan industri atau ’Industrialised Building System’ merupakan salah satu daripada inovasi di dalam teknologi pembinaan bangunan.Sistem ini diyakini dapat membantu di dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan kualiti dan produktiviti binaan serta permasalahan berkaitan den...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Nawi, Mohd Nasrun, Osman, Wan Nadzri, Baharum, Mohd Faizal, Hanafi, Mohd Hanizun
Format: Article
Language:English
Published: UUM College of Business 2012
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/17841/1/JTOM%207%202%2070-80.pdf
Description
Summary:Sektor pembinaan berasaskan industri atau ’Industrialised Building System’ merupakan salah satu daripada inovasi di dalam teknologi pembinaan bangunan.Sistem ini diyakini dapat membantu di dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan kualiti dan produktiviti binaan serta permasalahan berkaitan dengan penggunaan tenaga buruh asing di dalam sektor pembinaan.Namun penerimaan oleh pihak yang terlibat terhadap sesuatu teknologi adalah merupakan suatu yang rumit terutamanya yang melibatkan teknologi baru.Justeru itu kajian ini dijalankan bagi membincangkan sejauhmana kadar penggunaan ‘Industrialised Building System,’ faktor-faktor yang menyebabkan halangan terhadap penggunaan teknologi ini serta kelebihan dan kekurangannya.Tujuan kajian ini juga adalah untuk mendapatkan persepsi pemaju perumahan di negeri Kedah dan Perlis berkenaan dengan IBS yang merangkumi pengetahuan organisasi pemaju mengenai IBS, sumber rujukan, potensi penggunaan pada masa hadapan serta halangan-halangan yang dihadapi. Di akhir kajian turut mencadangkan beberapa alternatif kearah pertingkatkan tahap penggunaan IBS khasnya di sektor pembinaan di negeri Kedah dan Perlis.