Pengurusan gejala sosial dalam komuniti mengikut pendekatan model Hofsrede
Dalam sesebuah masyarakat yang berlainan budaya, proses penyelesaian masalah lazimnya berbeza-beza mengikut pendekatan masing-masing. Perbezaan pendekataan ini wujud disebabkan oleh faktor seperti status, kekayaan dan kuasa yang membawa status tertentu. Situasi ini akan membawa kepada apa yang diis...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2004
|
Subjects: | |
Online Access: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/1825/1/17.pdf |
Summary: | Dalam sesebuah masyarakat yang berlainan budaya, proses penyelesaian masalah lazimnya berbeza-beza mengikut pendekatan masing-masing. Perbezaan pendekataan ini wujud disebabkan oleh faktor seperti status, kekayaan dan kuasa yang membawa status tertentu. Situasi ini akan membawa kepada apa yang diistilahkan sebagai ketidaksamaan persepsi yang tercetus akibat ketaksamaan kuasa. Masyarakat yang berlainan status pula mempunyai dimensi yang berlainan terhadap sesuatu konflik yang dihadapi. Dalam sesuatu komuniti, ketidaksamaan kekuasaan sememangnya tidak boleh dielakkan dan ia berlaku secara berterusan. Ketidaksamaan ini wujud kerana terdapat hierarki dalam organisasi.
Model Hofstede merupakan pendekatan yang menyuarakan menyatukan nilai-nilai kemanusiaan menerusi dimensi kebudayaan yang menjadi paksi dalam menguruskan konflik terutamanya dalam sesuatu komuniti. Model ini telah diperkenalkan oleh seorang ahli psikologi Dutch, Geert Hofstede. Beliau telah mengenalpasti empat orientasi atau keutamaan asas yang dimiliki oleh manusia.
Keempat-empat dimensi inilah merupakan masalah utama yang dihadapi oleh manusia. Semua dimensi ini digunakan oleh Hofstede untuk membuat kajian tentang perbezaan budaya peringkat antarabangsa. Keempat-empat dimensi yang akan dibincangkan tersebut iaitu:
a). Jarak Kekuasaan (Power Distance)
b). Pengelakan Keadaan Yang Tidak Menentu (Uncertainty Avoidance)
c). Individualistik lawan Kumpulan (Individualism versus Collectivism)
d). Kelelakian lawan Kewanitaan (Masculinity versus Femininity
|
---|