Kesalahan gangguan seksual di tempat kerja: Hak pekerja dan liabiliti majikan

Gangguan seksual adalah gejala sosial yang telah lama berlaku namun sejak akhir-akhir ini sahaja ia hangat diperkatakan di negara kita.Gangguan seksual ini merupakan pembuka tirai kepada kesalahan perlakuan seksual yang lebih berat seperti rogol jika tiada tindakan bagi membendungnya. Kesedaran oran...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abd Aziz, Ahmad Shamsul, Hassan, Mumtaj
Other Authors: Che Mit, Daratul Ambia
Format: Book Section
Language:English
Published: School of Management Universiti Utara Malaysia 2002
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/1929/1/Ahmad_Shamsul_Abd._Aziz_%26_Mumtaj_Hassan.pdf
Description
Summary:Gangguan seksual adalah gejala sosial yang telah lama berlaku namun sejak akhir-akhir ini sahaja ia hangat diperkatakan di negara kita.Gangguan seksual ini merupakan pembuka tirai kepada kesalahan perlakuan seksual yang lebih berat seperti rogol jika tiada tindakan bagi membendungnya. Kesedaran orang ramai amat perlu berhubung dengan gangguan seksual ini kerana ia bukan sahaja melibatkan seorang individu malahan ianya juga boleh mengakibatkan terjejasnya produktiviti negara khususnya bagi kejadian yang berlaku di tempat kerja. Pekerja yang menjadi mangsa kejadian ini hendaklah diberikan hak dan perlindungan yang saksama di bawah peruntukan undang-undang. Pihak majikan haruslah memainkan peranan dan tanggungjawab agar kesalahan gangguan seksual di tempat kerja dapat ditangani. Artikel ini membincangkan kesalahan gangguan seksual di tempat kerja dengan merujuk kepada hak pekerja yang menjadi mangsa kejadian serta liabiliti majikan berkaitan masalah ini. Selain itu,cadangan-cadangan juga turut dikemukakan dalam usaha menanganinya.