Summary: | Kajian ini adalah terhadap pelaksanakan alat lean dan teknik dalam Perusahaan Kecil dan Sederhana(PKS) di Jitra Kedah.Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji tahap pelaksanaan lean dalam industri pembuatan, terutama mereka yang terlibat secara langsung dengan proses pengeluaran di syarikat PKS tersebut. Oleh itu, sama ada perusahaan yang dipilih tersebut telah menerima pakai prinsip-prinsip pengurusan lean atau terdapat prinsip lain yang digunakan dalam kerja-kerja untuk meningkatkan keuntungan industri dan dapat memenuhi kepuasan pelanggan mereka. Objektif kajian ini, adalah untuk meneroka kaedah umum yang
digunakan oleh salah satu syarikat PKS seperti Kaizen, 5S, Pre-Production Planning (3P), Total Productive Maintenance (TPM), Six Sigma, Cellular Manufacturing, Just-in-Time Production, dan Lean Enterprise Supplier Networks.Kedua, adalah untuk mengenal pasti tahap kesedaran mengenai pelaksanaan lean di kalangan pekerja.Ketiga, adalah untuk mengenal pasti tahap kegunaan alat lean dalam syarikat itu.Oleh itu, kajian ini melihat sejauh mana penglibatan pekerja dalam pelaksanaan pengurusan lean , iaitu perubahan jalan kerja sebelumnya dan selepas penggunaan lean, sebagai contoh dalam mengurangkan masa kerja.Kesimpulannya, memahami konsep lean akan menjadikan pekerja lebih yakin dan membantu
dalam mengekalkan prestasi kerja mereka.
|