Summary: | Perbankan Islam telah diperkenalkan di Malaysia sejak awal 1980an. Ia bermula dengan penubuhan
Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) pada tahun 1983 sehingga ke hari ini, perbankan Islam telah pesat
berkembang di Malaysia. Pelbagai produk telah diperkenal dan diamalkan di Malaysia melalui perbankan
Islam kepada awam. Antara produk-produk itu adalah Bay’ Bithaman al-Ajil (BBA), Musharakah alMutanaqisah (MM) dan Ijarah. Terdapat banyak isu timbul dari pelaksanaan dalam produk-produk ini. Antara
isu-isu dalam produk-produk ini adalah isu gharar al-fahish dan gharar al-yasir. Gharar adalah, antara lain,
ketidakpastian, tidakmampuan dan kegagalan untuk menyerahkan barangan yang telah dipersetujui dan ini
boleh menyebabkan ketidakadilan dan kerugian kepada pihak-pihak yang terbabit. Jika wujud unsur ini, ia
akan mengakibatkan produk itu batal menurut ajaran Islam. Menurut fuqaha’ hanya gharar al -fahish sahaja
yang membatalkan kontrak produk tersebut. Sedangkan gharar al-yasir hanya membolehkan gantirugi
diberikan kepada pihak yang terkilan dalam kontrak. Di dalam projek perumahan terbengkalai, memang
boleh wujud unsur gharar. Isunya adalah samada dalam projek perumahan terbengkalai wujud gharar alfahish atau gharar al-yasir? Kertas kerja ini akan menganalisa isu untuk. Metode penyelidikan yang dijalankan
adalah metode dokrinal syariah. Di akhir kertas kerja ini, penulis-penulis akan menyenaraikan cadangancadangan bagi menangani isu-isu yang dibincangkan.
|