Konsep rumah hijau di Malaysia

Rumah adalah salah satu asset penting bagi seseorang individu.Semua mengimpikan rumah idaman masing-masing yang mungkin bernilai jutaan ringgit.Namun, kebanyakan pembinaan rumah di Malaysia adalah merupakan rumah konventional. Rumah konventional adalah merupakan rumah yang dibina tanpa mengambilkir...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Karim, Siti Maisarah, Yusoff, Mohd. Nazaruddin, Talib, Azlizan
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/20362/1/ICOGPA%202016%201%2010b.pdf
Description
Summary:Rumah adalah salah satu asset penting bagi seseorang individu.Semua mengimpikan rumah idaman masing-masing yang mungkin bernilai jutaan ringgit.Namun, kebanyakan pembinaan rumah di Malaysia adalah merupakan rumah konventional. Rumah konventional adalah merupakan rumah yang dibina tanpa mengambilkira aspek keefisienan pengurusan sumber air, tenaga dan juga sumber asli.Rumah konventional yang dibina bagi memenuhi keperluan perumahan masyarakat di Malaysia adalah dilihat sebagai pembangunan yang mendatangkan impak negatif kepada alam sekitar kerana penggunaan tenaga yang banyak serta pelepasan gas karbon dioksida yang tinggi ke lapisan udara.Bagi menangani masalah ketidakefisian penggunaan tenaga dan pencemaran, konsep Rumah Hijau telah diperkenalkan.Konsep Rumah Hijau adalah konsep yang bertujuan membantu mengurangkan penggunaan tenaga, air, dan juga sumber asli namun masih berupaya memberikan kualiti udara dan keselesaan bagi penghuni rumah.Namun, apakah pemahaman masyarakat tentang konsep Rumah Hijau memandangkan konsep ini masih lagi baru dalam tren pembangunan perumahan di Malaysia.Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap pemahaman masyarakat terhadap konsep perumahan hijau dan adakah mereka bersedia menerima idea perumahan hijau ini sebagai satu langkah pembaharuan dalam sektor perumahan di negara ini.Selain itu kajian ini juga berfokuskan kepada langkah-langkah yang dianggap sesuai bagi mempromosikan konsep perumahan hijau dalam kalangan masyarakat.