Pengajaran dan pembelajaran (P&P) ke arah melahirkan modal insan kelas pertama

Pendidikan merupakan nadi kepada pertumbuhan dan pembangunan sesebuah negara.Proses pendidikan bukan sekadar menyampaikan disiplin pengajaran dan pembelajaran (P&P) semata-mata malah merentasi ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi. Proses P&P dilihat sebagai satu indikator yang utama ba...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ibrahim, Marhaiza, Ibrahim, Ahmad Zubir, Maamor, Selamah, Samsi, Aznita
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Malaya 2015
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/20577/1/JHSD%202%201%202015%2012%2022.pdf
Description
Summary:Pendidikan merupakan nadi kepada pertumbuhan dan pembangunan sesebuah negara.Proses pendidikan bukan sekadar menyampaikan disiplin pengajaran dan pembelajaran (P&P) semata-mata malah merentasi ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi. Proses P&P dilihat sebagai satu indikator yang utama bagi membentuk para pelajar mempertingkatkan kualiti kehidupan sekaligus melahirkan pelajar minda kelas pertama.Kaedah perlaksanaan P&P yang sentiasa mengalami evolusi perlu diberi perhatian bagi memastikan daya saing pelajar seiring dengan falsafah pendidikan negara.Artikel ini bertujuan untuk mengenengahkan kaedah P&P yang berkesan untuk dilaksanakan bagi melahirkan para pelajar yang berwibawa.Artikel ini juga turut memberi cadangan berkaitan tindakan yang boleh diberi pertimbangan bagi mengukuh dan meningkatkan keberkesanan P&P.