Summary: | Sistem penyampaian awam merupakan elemen penting dalam menjayakan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan. Kredibiliti sesebuah kerajaan lazimnya diukur berdasarkan kecekapan sistem penyampaian yang digunakan. Walau bagaimanapun, sistem penyampaian merupakan mekanisme dasar yang sangat abstrak sifatnya dan bergantung kepada faktor-faktor lain untuk menjadikannya berfungsi dengan sempuma. Di Malaysia, transfomasi sistem penyampaian telah berlaku pada tahun 1970-an apabila kerajaan mengubah polisi kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB). Keputusan tersebut menjadikan sistem penyampaian awam berubah kepada bentuk yang lebih kompleks
berbanding dengan sebelumnya. Selepas itu, sistem penyampaian awam mengalami beberapa perubahan sejajar dengan keperluan semasa. Sehingga hari ini, kerajaan masih berusaha meningkatkan kualiti sistem penyampaian agar rakyat dapat menikmati pembangunan dan kemajuan yang berterusan. Kertas kerja ini akan membincangkan tentang konsep sistem penyampaian awam dan perkembangannya. Seterusnya, ia akan membincangkan tentang perkembangan dan pencapaian sistern penyampaian di Malaysia serta cabaran pada masa hadapan agar ruang kepada kegagalan sistem penyampaian dapat diminimakan.
|