Wajah moral masyarakat Melayu pasca moden: Antara realiti, harapan dan gagasan pendidikan moral tinggi

Dewasa ini dunia telah dilakari oleh pelbagai trend dan paradigma kehidupan bentuk baru. Pascamodenisme yang ditandai arus gelombang peringkat ketiga telah memberi impak yang bukan sedikit dalam kehidupan moral masyarakat khususnya masyarakat Melayu. Nilai-nilai yang dibawah oleh ideologi pascamoden...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abd. Hamid, Mohd. Azhar, Balwi, Mohd. Koharuddin, Othman, Mohamed Fauzi, A. Kassim, Othman
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2120/4/54.pdf
Description
Summary:Dewasa ini dunia telah dilakari oleh pelbagai trend dan paradigma kehidupan bentuk baru. Pascamodenisme yang ditandai arus gelombang peringkat ketiga telah memberi impak yang bukan sedikit dalam kehidupan moral masyarakat khususnya masyarakat Melayu. Nilai-nilai yang dibawah oleh ideologi pascamodenisme menerusi pelbagai medium telah memberi dampak moral-sosial yang amat menakutkan. Hal ini tidak terkecuali meresapi ke dalam jiwa dan jatidiri masyarakat Melayu samada di Bandar mahu pun di luar Bandar. Statistik kebejatan sosial membuktikan hal ini. Sebut apa jua bentuk perlakuan tidak bermoral – pembunuhan, sumbang muhrim, pelacuran, gangsterisme, alkoholisme, perjudian, vandalisme dan sebagainya – setiap satu daripada amat ramai melibatkan masyarakat Melayu. Justeru itu, generalisasi dapat dibuat bahawa wajah moral masyarakat Melayu berada pada tahap yang amat kronik dan kritikal. Justeru itu, kertas kerja konseptual ini akan dibahagikan kepada tiga bahagian. Pada bahagian pertama kami akan menghuraikan secara konsep-konsep asas kertas kerja ini selain memaparkan hujah ‘rupa bentuk wajah’ moral masyarakat Melayu dulu dan kini. Kami juga akan memberikan justifikasi sebab-sebab munculnya wajah moral masyarakat Melayu masa kini Pada bahagian kedua kertas kerja ini, kami akan mengagaskan usaha-usaha yang telah dan sedang dibuat bagi ‘mencantikkan’ wajah moral masyarakat Melayu. Dalam hal ini, kami turut melontarkan idea dan kritikan pendekatan-pendekatan yang dibuat selain mengagaskan suatu pendekatan yang lebih bersepadu. Pada bahagian akhir kertas kerja ini, kami menampilkan suatu pendekatan pendidikan moral tinggi yang mampu mengembalikan semula wajah moral yang indah dan bersih itu.