Nilai pengurusan air secara Islam dalam komuniti dalam pascamodenism

Dua tahun lalu, krisis air di Lembah Kelang telah mengajar kita supaya menghargai betapa pentingnya air kepada kehidupan manusia. Malah ia juga telah mengajar kita melihat betapa perlunya memelihara serta memulihara sumber bekalan air terutamanya sungai. Ketika krisis air melanda, hujan diibaratkan...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ahmad Sabri, Ahmad Zaharuddin Sani
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2174/1/56.pdf
Description
Summary:Dua tahun lalu, krisis air di Lembah Kelang telah mengajar kita supaya menghargai betapa pentingnya air kepada kehidupan manusia. Malah ia juga telah mengajar kita melihat betapa perlunya memelihara serta memulihara sumber bekalan air terutamanya sungai. Ketika krisis air melanda, hujan diibaratkan seumpama emas yang jatuh dari langit, ditadah, disimpan, dihargai bahkan ianya digunakan berdikit-dikit. Apabila semuanya selesai, kita kembali ke tabiat lama kita, air seolah-olah satu aset yang tidak mempunyai sebarang nilai langsung. Ramai yang terlupa akan hukum alam, iaitu setiap yang wujud pasti ada pengakhirannya, begitu juga dengan bekalan air di negara kita. Krisis air pasti akan kembali lagi. Kertas kerja ini menyingkap dan menyelami nilai-nilai murni pengurusan air dengan memberi fokus utama terhadap nilai-nilai Islam sebagai satu alternatif penyelesaian terhadap permasalahan air yang wujud sekarang dan yang bakal timbul pada masa akan datang. Agama Islam yang dikenali sebagai satu agama yang menyeluruh, pastinya mempunyai caranya tersendiri dalam menyelesaikan permasalahan air. Pengurusan air dalam Islam sudah lama diketengahkan, iaitu semenjak zaman kemunculan Nabi Muhammad 1420 tahun yang lalu. Kertas kerja ini juga mengusulkan kesesuaian hukum Islam dalam pengurusan air untuk diadaptasikan pada masa kini, sebagai satu jalan penyelesaian yang unggul, yang tiada tolak bandingnya untuk kegunaan sepanjang zaman.