Shrnutí: | Buku ini menyentuh aspek kokurikulum dalam pendidikan.Konsep kokurikulum, kepentingan, dan dasar pelaksanaanya turut dibincangkan di samping memberi perhatian kepada dasar-dasar sokongan dalam pelaksanaanya di sekolah. Seterusnya, untuk melihat secara lebih dekat berkaitan aspek kokurikulum yang dikaitkan dengan aktiviti pembelajaran di sekolah, penulis mengetengahkan teori pembelajaran konstruktif dan model pembelajaran berasaskan pengalaman yang diaplikasikan menerusi aktiviti kokurikulum di sekolah.Struktur organisasi kokurikulum, teori konstruktif sosial, pembelajaran konstruktif sosial melalui gerak kerja, dan aplikasi model pembelajaran berasaskan pengalaman terhadap aktiviti kokurikulum turut dibincangkan. Diharapkan monograf ini sedikit sebanyak dapat membantu para pembaca khususnya pihak sekolah, pelajar, ibu bapa dan masyarakat untuk lebih memahami kepentingan kokurikulum yang merupakan pendekatan penting bagi membangunkan pelajar yang seimbang dan cemerlang dalam pelbagai aspek.
|