Penggunaan aplikasi Edmodo dalam pengajaran dan pembelajaran di institut pendidikan guru

Persekitaran Pengajaran Maya dikatakan boleh meningkatkan interaksi antara guru dengan pelajar yang membentuk komunikasi secara berkesan.Banyak kajian dilaksanakan tentang Persekitaran Pembelajaran Maya berkaitan dengan penggunaan serta peningkatan pencapaian akademik dalam kalangan pengguna sistem...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Yaakob, Muhammad Nidzam, Mohd Yusoff, Nurahimah
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2017
Subjects:
Description
Summary:Persekitaran Pengajaran Maya dikatakan boleh meningkatkan interaksi antara guru dengan pelajar yang membentuk komunikasi secara berkesan.Banyak kajian dilaksanakan tentang Persekitaran Pembelajaran Maya berkaitan dengan penggunaan serta peningkatan pencapaian akademik dalam kalangan pengguna sistem jaringan sosial. Objektif kajian ialah untuk melihat kesediaan pensyarah dan pelajar dalam menggunakan persekitaran pembelajaran maya dalam P&P di IPG.Kajian ini menggabungkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Dalam kajian ini, Kaedah Fuzzy Delphi dengan menggunakan 5 skala fuzzy digunakan bagi mengumpul respon 15 orang pakar yang terdiri daripada pensyarah IPG. Analisis temu bual 4 orang pelajar digunakan untuk menyokong dapatan pakar. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan penomboran segitiga fuzzy (triangular fuzzy number) dan kedudukan (ranking) setiap pembolehubah ditentukan menggunakan ‘defuzzification process’. Konsesus pakar mendapati pembolehubah peluang penggunaan aplikasi Edmodo dalam P&P adalah satu idea yang baik untuk pembelajaran berada di kedudukan (ranking) pertama. Hasil analisis data temubual pelajar juga turut menyokong dapatan di atas. Kajian ini dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada para pensyarah dan pelajar, malah sebagai rujukan kepada sistem pendidikan di Malaysia dalam mentransformasikan pendidikan melalui kolaborasi dengan teknologi rangkaian sosial