Peranan pensyarah penyelia sebagai pemimpin pengajaran dalam amalan profesional di IPG Kampus Sultan Abdul Halim

Amalan praktikum merupakan latihan mengajar yang wajib dilalui oleh setiap pelajar Program Pendidikan Guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) di setiap kampus pendidikan guru.Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar Semester 7 Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim kursus Pen...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Wan Ishak, Wan Roslina, Othman, Abdul Rahim
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2017
Subjects:
Description
Summary:Amalan praktikum merupakan latihan mengajar yang wajib dilalui oleh setiap pelajar Program Pendidikan Guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) di setiap kampus pendidikan guru.Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar Semester 7 Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim kursus Pengajian Melayu terhadap kepemimpinan pengajaran pensyarah penyelia mereka semasa diselia semasa praktikum di sekolah-sekolah. Kajian melibatkan seramai 30 orang pelajar Pengajian Melayu, Ambilan Jun 2013. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan yang menggunakan soal selidik sebagai instumen kajian yang dibina berdasarkan panduan amalan praktikum di IPG. Soal selidik menggunakan skala likert dan mengandungi tiga bahagian kajian iaitu maklumat diri pelajar, peranan pensyarah penyelia semasa praktikum dan kesedian menghadapi praktikum. Data dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 20. Keseluruhannya, soal selidik yang diterjemahkan menunjukkan kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi.Analisis deskriptif turut digunakan untuk mengukur min, sisihan piawaian, kekerapan dan peratus.Dapatan kajian menunjukkan pensyarah penyelia memainkan peranan sebagai pemimpin pengajaran.Hasil kajian menunjukkan bahawa pensyarah penyelia bertindak menyemak buku persediaan mengajar dan mencadangkan penambahbaikan yang perlu dibuat, di samping memberi pandangan yang bernas terhadap isu-isu yang diketengahkan oleh pelajar.