Summary: | Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap amalan pelajar mengenai amalan pengangkutan mampan di dalam kampus Universiti Utara Malaysia (UUM).Kajian ini juga bertujuan untuk menguji tahap kesedaran, dan pengetahuan pelajar mengenai pengangkutan mampan di dalam kampus UUM.Responden yang terlibat di dalam kajian ini adalah pelajar yang terdiri daripada pelbagai bidang pengajian. Kajian ini telah dijalankan ke atas 40 responden yang menggunakan pengangkutan bas kitaran kampus yang terdiri daripada penginapan laluan a, b, c, dan laluan d. Satu set borang kaji selidik berdasarkan kaedah persampelan rawak berstrata
kepada responden dari pelbagai peringkat tahun pengajian.Hasil kajian mendapati bahawa tahap kesedaran dan pengetahuan responden terhadap amalan pengangkutan mampan di dalam kampus UUM adalah berada pada tahap yang memuaskan.Hasil
kajian juga mendapati kepuasan responden terhadap pengurusan berkaitan pengangkutan mampan adalah berada pada tahap yang minimum.Usaha dan tindakan
perlu dilakukan oleh pihak pengurusan agar tahap kesedaran, amalan, dan penglibatan pelajar dalam amalan pengangkutan mampan berada pada tahap yang maksimun.
|