Kesan play-based learning terhadap afektif murid pemulihan jawi J-Qaf di Sekolah Rendah

Program j-QAF merupakan suatu program yang telah diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia kelima iaitu Tun Abdullah Badawi dengan niat untuk memperkasa Pendidikan Islam di sekolah-sekolah di Malaysia. Model ini turut menggunapakai kaedah belajar melalui pengalaman bermain atau play-based lear...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Md Hafidzin, Adli, Makhsin, Mardzelah
Format: Article
Language:English
Published: Proceedings of the ICECRS 2017
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/23082/1/ICECRS%2C%201%20%282016%29%20587-598.pdf
Description
Summary:Program j-QAF merupakan suatu program yang telah diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia kelima iaitu Tun Abdullah Badawi dengan niat untuk memperkasa Pendidikan Islam di sekolah-sekolah di Malaysia. Model ini turut menggunapakai kaedah belajar melalui pengalaman bermain atau play-based learning. Oleh kerana program j-QAF ini masih dianggap baru, maka tidak banyak kajian yang dilakukan keatasnya terutamanya dari segi kaitan antara afektif murid pemulihan Jawi dengan play-based learning. Oleh itu penyelidik ingin mengenal pasti keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berasaskan permainan (play-based learning) terhadap keseronokan murid pemulihan jawi di sekolah rendah dengan berlandaskan teori sosio-budaya oleh Vygotsky. Play-based learning ini mampu membantu murid-murid pemulihan dalam pdp Jawi dan seterusnya merasai pengalaman belajar dengan penerapan unsur KBAT.Kaedah yang digunakan ialah kaedah pemerhatian berstruktur keatas populasi pelajar dan guru SK Sidam Kiri, Padang Serai, Kedah. Manakala sampel yang terlibat ialah 18 murid Pemulihan Jawi tahun dua 2013, SK Sidam Kiri, 6 orang guru j-QAF sk sidam kiri, dan 7 orang guru pelbagai latarbelakang sk sidam kiri.Kajian ini bersifat kualitatif. Untuk itu kaedah temubual bersama guru serta murid telah dilaksanakan. Dapatan yang diperolehi hampir kesemuanya menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang tinggi antara afektif murid Pemulihan Jawi j-QAF dengan kaedah play-based learning.