Pengurusan kokurikulum dan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Kuala Terengganu

Pengetua merupakan individu penting yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal berkaitan kokurikulum. Namun begitu pengetua sering terikat dengan kerja-kerja rutin dalam mentadbir dan mengurus sekolah.Dalam usaha untuk meningkatkan pengurusan kokurikulum sekolah biasanya pengetua akan menyerahkan t...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Zainuddin, Zainal Ariffin, Daud, Yaakob, Mohd Nor, Saiful Azmi
Format: Article
Language:English
Published: Proceedings of the ICECRS 2016
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/23083/1/ICECRS%2C%201%20%282016%29%20891-900.pdf
Description
Summary:Pengetua merupakan individu penting yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal berkaitan kokurikulum. Namun begitu pengetua sering terikat dengan kerja-kerja rutin dalam mentadbir dan mengurus sekolah.Dalam usaha untuk meningkatkan pengurusan kokurikulum sekolah biasanya pengetua akan menyerahkan tugas pengurusan kokurikulum kepada GPKKo.Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan memahami perspektif guru-guru terhadap peranan GPKKo dalam pengurusan kokurikulum di sekolah menengah kebangsaan di daerah Kuala Terengganu.Peranan GPKKo dikaji berdasarkan aspek-aspek pengurusan GPKKo sebagai perancang, pengelola, pemimpin dan pengawal kokurikulum di sekolah.Kajian juga untuk mengenal pasti penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum berdasarkan dimensi; interaksi psikologi dan juga interaksi fizikal. Sampel kajian terdiri daripada 171 orang guru yang sedang berkhidmat di dua buah sekolah menengah kebangsaan di daerah Kuala Terengganu. Analisis deskriptif yang melibatkan min dan sisihan piawai digunakan untuk melaporkan hasil kajian yang telah dijalankan.Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pentingnya peranan GPKKo di sekolah mempraktikkan peranan pengurusan kokurikulum yang berkesan, agar para guru dan pelajar akan lebih bermotivasi dalam memastikan kejayaan pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah.Ianya selaras dengan inspirasi negara sepertimana yang terkandung di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015.