Summary: | Ahli-ahli ekonomi sudah mengenal pasti empat faktor utama
dalam menganalisis penentuan pasaran persaingan tak sempurna
iaitu- ekonomi berskala, halangan memasuki pasaran dan tindak balas strategik antara firma dalam pasaran.Oligopoli adalah salah satu bentuk pasaran persaingan tak sempurna yang agak unik serta berbeza daripada bentuk pasaran yang lain, terutamanya daripada segi penentuan tingkat harga dan output serta persaingan bukan harga.Pasaran oligopoli ialah struktur pasaran yang mempunyai beberapa firma yang mengeluarkan barangan yang mungkin sama ataupun berbeza. Setiap firma oligopoli ini mengeluarkan kesemua ataupun
sebahagian besar barangan yang berada dalam pasaran berkenaan.Antara contoh industri oligopoli adalah industri minyak petrol, industri besi waja, industri aluminium, industri automobil, perkhidmatan telefon selular serta rangkaian televisyen.Apabila terdapat beberapa firma yang bersaing dalam pasaran oligopoli ini, maka setiap firma boleh memilih sama ada mahu bekerjasama atau berpakat iaitu collusive oligopoly antara sesama firma ataupun memilih untuk tidak bekerjasama atau tidak berpakat iaitu non-collusive oligopoly. Firma dikatakan tidak berpakat apabila
mereka bertindak bersendirian tanpa apa-apa perjanjian dengan firma lain.Bagaimanapun, bagi mengurangkan persaingan sesama firma, mereka boleh membuat perjanjian untuk bekerjasama. Keadaan ini berlaku apabila dua ataupun lebih firma bersama-sama dalam penggunaan teknologi yang tinggi dan jumlah pelaburan yang besar diperlukan bagi memulakan operasi. Halangan bukan semula jadi pula berbentuk tindakan strategik firma sedia ada bagi menghalang finna baru memasuki pasaran. Ini termasuk skala
ekonomi yang dimiliki firma sedia ada iaitu mampu mengeluarkan barangan dalam kuantiti yang besar dengan kos seunit yang rendah.Kesannya, harga pasaran bagi barang berkenaan jatuh serta menghalang kemasukan firma baru yang belum mencapai skala ekonomi bagi beroperasi. Halangan-halangan lain seperti hak paten dan hak cipta yang diberi oleh kerajaan kepada firma-firma khusus sahaja.Bilangan firma dalam pasaran oligopoli sedikit kerana wujud
halangan-halangan tertentu bagi firma baru memasuki pasaran.
Jumlah firma yang sedikit ini membolehkan setiap firma
mempunyai kuasa monopoli bagi menentukan harga barangan
yang dikeluarkan.
|