Bidang tumpuan utama pembangunan strategi zoo: Satu kajian penandaarasan

Zoo secara dasarnya ditubuhkan bagi tujuan pameran dan pemuliharaan pelbagai spesis haiwan samada hidupan liar, haiwan ternakan, burung dan akuarium.Namun, seiring dengan peredaran masa, zoo perlu berevolusi kearah yang lebih dinamik, berdaya saing dan bertaraf dunia agar peranannya lebih signifik...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abidin, Rahimi, Mohd Zahari, Fadhilah, Osman, Nor Hasni, Ahmad, Azhar
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/23407/1/RC03.pdf
Description
Summary:Zoo secara dasarnya ditubuhkan bagi tujuan pameran dan pemuliharaan pelbagai spesis haiwan samada hidupan liar, haiwan ternakan, burung dan akuarium.Namun, seiring dengan peredaran masa, zoo perlu berevolusi kearah yang lebih dinamik, berdaya saing dan bertaraf dunia agar peranannya lebih signifikan terhadap ekonomi, pendidikan dan kelestarian biodiversiti. Pengurusan sesebuah zoo perlu menggunakan pendekatan strategik yang mampu menjadikan mereka sebuah institusi yang cemerlang dan bertaraf dunia.Artikel ini bertujuan mengenal pasti bidang tumpuan utama dalam membangunkan strategi yang terbaik untuk zoo di Malaysia dalam usaha mencapai tahap zoo bertaraf dunia. Satu kajian kes telah dilakukan ke atas sebuah zoo di Malaysia dengan menggunakan pendekatan penandaarasan amalan terbaik.Kajian penandaarasan ini dijalankan dengan mengenalpasti bidang tumpuan utama dan amalan-amalan yang diguna pakai oleh zoo-zoo terkemuka di Amerika dan Australia. Kajian lapangan turut dijalankan ke atas tiga buah zoo di Thailand Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa bidang tumpuan utama yang perlu diberi penekanan seiring dengan hasrat mencapai prestasi tersebut, seterusnya memberi implikasi praktikal kepada pihak pengurusan zoo untuk membangunkan strategi yang bersesuaian.