Summary: | Materialisme adalah berkaitan dengan persepsi pengguna terhadap wang dan objek fizikal dan ia juga
dikaitkan dengan pengguna yang bersemangat untuk memiliki objek berbentuk material.Penyelidik‐
penyelidik terdahulu cuba mengaitkan pembelian produk berjenama mewah tiruan dengan faktor
materialisme pengguna dan mendapati, materialisme boleh mempengaruhi dan tidak mempengaruhi pembelian produk tiruan berjenama mewah tersebut.Walaupun penyelidik‐penyelidik terdahulu menggunakan skala materialisme yang berbeza‐beza dalam kajian mereka namun tetap gagal mendapat hasil yang konsisten dalam mengaitkan materialisme dengan keinginan membeli produk
tiruan berjenama mewah.Oleh yang demikian, tidak dapat diputuskan adakah pembelian produk berjenama mewah tiruan adalah disebabkan oleh sifat materialistik pengguna. Daripada kajian lepas, didapati hasilan yang tidak konsisten ini mungkin disebabkan oleh bagaimana materialisme itu dikonseptualkan. Hal ini kerana scholar yang berbeza mengkonseptual materialisme dengan cara yang
berbeza. Hasil dapatan yang tidak konsisten juga didakwa dipengaruhi oleh skala pengukuran yang
digunakan. Selain itu, terdapat juga penyelidik yang mendakwa hasil dapatan yang tidak konsisten
mungkin disebabkan oleh latar belakang budaya yangberbeza bagi sesuatu masyarakat di sesebuah
negara yang dikaji, tahap pendapatan pengguna, atau penggunaan skala ‘materialisme’ yang sebenarnya mengukur tahap materialistik pengguna ke atas produk berjenama asli dan bukannya produk tiruan.Penyelidik mendakwa, ‘roh’ produk tiruan adalah tetap produk tiruan dan tidakakan sama dengan ‘roh’ produk asli.Maka pengguna produk tiruan sebenarnya tidak boleh dianggap sebagai seorang yang materialistik kerana mereka tahu setakat mana kemampuan mereka dan apa
yang sebenarnya mereka miliki. Kajian ini akan membincangkan konsep materialisme dengan lebih
mendalam dan mengaitkannya dengan pembelian produk tiruan berjenama mewah.
|