Summary: | Fatwa adalah salah satu medium pemakluman hukum syarak dalam memberi jawapan kepada kemusykilan agama kepada masyarakat dan mempunyai peranan besar.Fatwa datang dari masyarakat dan mereka terlibat dalam menerima serta mengamalkan fatwa. Berdasarkan asas ini, fatwa adalah sangat perlu disebarkan.Dalam konteks Malaysia, setiap negeri mempunyai badan berautoriti fatwa masing-masing yang berperanan mengeluar dan menyebarkan fatwa. Dalam menyebarkan fatwa, pelbagai aktviti dan program telah dirancang dan dilaksanakan sepanjang
tahun oleh Jabatan Mufti negeri masing-masing. Semua program tersebut adalah melibatkan masyarakat awam dan komuniti yang lebih khusus seperti kakitangan awam dan swasta, para pentadbir kakitangan masjid serta surau.Bagi menilai keberkesaan penyebaran fatwa di setiap negeri melalui program-program yang telah disusun, satu kaedah telah dipilih iaitu Kirkpatrik Model of Evaluation. Adaptasi model penilaian ini telah dilakukan bagi disesuaikan dengan objektif kajian merangkumi 3 peringkat penting iaitu reaksi peserta terhadap keperluan program yang dilaksanakan, proses pembelajaran yang berlaku daripada program yang dihadiri dan tingkah laku melibatkan pengamalan peserta terhadap kefahaman fatwa yang disebarkan melalui program tersebut. Proses penilaian dilakukan melibatkan perbandingan pengetahuan, kefahaman dan pengamalan audiens sebelum dan selepas program dilaksana.Satu analisis kandungan data kualitatif yang berasaskan kutipan data kepustakaan dan temubual dilakukan bagi memberi gambaran umum bersifat teoritikal tentang keperluan penyebaran fatwa dan adaptasi Kirkpatrik Model of Evaluation sebagai model yang digunapakai bagi menilai keberkesaan program- program penyebaran fatwa di peringkat negeri di Malaysia oleh Jabatan Mufti masing-masing.
|