Summary: | Ekopelancongan merupakan produk pelancongan yang berteraskan kekayaan alam semulajadi yang semakin berkembang pesat.Destinasi ekopelancongan di berbagai ekosistem semulajadi mempunyai banyak keistimewaan dan memberi pelbagai manfaat
bukan sahaja kepada pengunjung malah kepada masyarakat sekitarnya.Lumut merupakan salah satu destinasi ekopelancongan ekosistem persisiran yang popular di Negeri Perak.Selain mempunyai pantai yang menarik, ia juga merupakan tarikan pelancong untuk mendapatkan hasil-hasil laut yang segar dan yang telah diproses.Objektif kertas kerja ini
adalah untuk menilai impak ekopelancongan terhadap komuniti setempat dan persepsi komuniti terhadap ekopelancongan di persekitaran pantai Lumut, Perak. Kajian melibatkan aktiviti survei komuniti di enam buah kampung Mukim Lumut.Sebelum survei komuniti dijalankan, pasukan kajian mengadakan tinjauan awal (rapid rural appraisal) ke kawasan
Mukim Lumut.Borang soal selidik dibangunkan adalah berdasarkan hasil tinjauan awal dan dibahagikan kepada beberapa bahagian merangkumi status isi rumah, impak ekopelancongan dan persepsi ekopelancongan terhadap isi rumah.Hasil kajian mendapati terdapat kesan-kesan positif yang diterima oleh komuniti setempat dengan pembangunan
ekopelancongan di sekitar Lumut.
|