Summary: | Kos sara hidup merupakan isu yang seringkali menjadi perbualan di kalangan rakyat.Peningkatan harga barangan asas menyebabkan rakyat merasa terbeban terutama sekali yang tinggal di kawasan bandar dan mempunyai bilangan isirumah yang ramai. Isu ini telah mendapat perhatian oleh kerajaan dan memperkenalkan satu program untuk mengatasi
permasalahan ini.Program Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak pada tahun 2012 bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup kepada golongan berpendapatan rendah kesan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.Bantuan ini memberi kemudahan kepada penerima untuk membeli barangan keperluan asas sepanjang tahun.Ia merupakan salah satu inisiatif yang terkandung dalam Program Transformasi Kerajaan bertujuan untuk mengagihkan subsidi kepada golongan sasar daripada subsidi pukal kepada subsidi tersusun. Program ini telah berjalan sehingga kini dan beberapa penambahbaikan dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan penerima mendapat pelbagai manfaat hasil daripada program ini.Bagi mengetahui perlaksanaan dan pencapaian program ini, satu kajian telah dilakukan terhadap penerima bantuan di Daerah Kubang Pasu, Kedah. Kertas kerja ini membincangkan latar belakang program, insentif yang disediakan, penerima dan jumlah pembiayaan, hasil kajian serta cadangan untuk penambahbaikan program ini.
|