Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sama ada wanita berkahwin yang bekerja dapat mencapai keseimbangan kehidupan-kerja dan seterusnya mengenalpati sistem sokongan yang diperlukan untuk meningkatkan keseimbangan pekerjaan mereka. Berasaskan pandangan bahawa pekerjaan di sektor awam yang lebih sistematik, kajian ini berfokus
kepada penjawat awam wanita yang berkahwin. Melalui kaedah kuantitatif, borang soalselidik
digunakan sebagai alat utama untuk mengumpulkan data daripada tujuh puluh enam (76) wanita yang bekerja di pelbagai sektor awam di Pulau Pinang. Hasil kajian ini mendapati bahawa secara umum, wanita yang berkahwin yang bekerja di sektor awam dapat mengekalkan keseimbangan kerja-hidup. Sokongan utama adalah pasangan yang sering
membantu wanita dengan pekerjaan rumah mereka. Walau bagaimanapun, kebanyakan kerja rumah dilakukan pada hujung minggu kerana masa yang terhad pada hari-hari kerja.Para responden bersetuju bahawa mereka juga dapat menghabiskan masa yang berkualiti dengan keluarga mereka. Sistem sokongan yang dicadangkan oleh responden untuk mempromosikan imbangan kehidupan termasuk polisi cuti, waktu kerja yang fleksibel, pusat
jagaan kanak-kanak dan kemudahan bilik asuhan di tempat kerja. Perkhidmatan yang dicadangkan adalah Program Bantuan Pekerja, perkhidmatan kaunseling dan siri latihan untuk pekerja sektor awam dalam menyediakan kemahiran dan pengetahuan untuk
meningkatkan keseimbangan kehidupan – kerja.
|