Analisis penyata kewangan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bagi tahun 2015 dan 2016
Analisis penyata kewangan sesebuah organisasi sangat penting kepada pihak berkepentingan dalam menilai prestasi kewangan, pertumbuhan dan perancangan masa depan.Analisis penyata kewangan institusi zakat seperti Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) amat berguna dalam mengukur prestasi pengurusan zakat...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/24691/1/SKTSEWU%202018%20289%20299.pdf |
Summary: | Analisis penyata kewangan sesebuah organisasi sangat penting kepada pihak berkepentingan dalam menilai prestasi kewangan, pertumbuhan dan perancangan masa depan.Analisis penyata kewangan institusi zakat seperti Lembaga Zakat Negeri Kedah
(LZNK) amat berguna dalam mengukur prestasi pengurusan zakat terutama dalam konteks
kutipan dan agihan yang seterusnya dapat menilai kelestariannya pada masa hadapan.Sanggahan masyarakat mengenai prestasi kutipan yang kurang memberangsangkan dan ketidakcekapan agihan zakat kepada golongan asnaf sewajarnya perlu dijawab melalui analisis terperinci terhadap data kewangan yang telah dilapor dan diaudit.Justeru, tujuan
kajian ini adalah untuk menganalisis penyata kewangan LZNK dengan memberi tumpuan kepada laporan kutipan dan agihan zakat bagi tahun 2015 dan 2016.Kaedah yang digunakan bagi mencapai objektif ini ialah analisis mendatar dan menegak berdasarkan data sekunder iaitu laporan tahunan LZNK yang diperolehi melalui pautan dalam laman web jabatan tersebut.Hasil kajian mendapati secara umumnya terdapat peningkatan dan penurunan dalam kutipan zakat mengikut kategori.Hasil kajian juga mendapati jumlah kutipan zakat adalah kurang berbanding dengan jumlah agihan dan terdapat juga
peningkatan dan penurunan dalam corak agihan zakat.Beberapa cadangan dan implikasi dasar turut dicadangkan dalam kajian ini. |
---|