Perkembangan dan Prospek Industri Kelapa Malaysia

Permintaan terhadap kelapa kian meningkat ekoran peningkatan dalam penerokaan hasil derivatifnya seperti sabun, minyak kelapa dara produk kesihatan dan air kelapa. Pengeluaran kelapa dunia adalah didominasi oleh lima pengeluar utama iaitu Indonesia, Filipina, India, Brazil, dan Sri Lanka. Sungguhpun...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Md Ali, Anizah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/25096/1/ECoFI%202016%20136-145.PDF
Description
Summary:Permintaan terhadap kelapa kian meningkat ekoran peningkatan dalam penerokaan hasil derivatifnya seperti sabun, minyak kelapa dara produk kesihatan dan air kelapa. Pengeluaran kelapa dunia adalah didominasi oleh lima pengeluar utama iaitu Indonesia, Filipina, India, Brazil, dan Sri Lanka. Sungguhpun dari sumbangan dan kedudukan Malaysia diperingkat global secara relatifnya adalah kecil, namun diperingkat domestik kelapa yang dirangkumkan dalam kategori buah-buahan amat signifikan dalam ekonomi Malaysia terutamanya dalam industri agromakanan. Permintaan kelapa domestik berterusan meningkat setiap tahun pada sekitar 580 juta biji. Pada tahun 2015, Malaysia mengeluarkan sebanyak 680,125 tan dengan luas kawasan bertanam 89,799 hektar. Sungguhpun, pengeluaran kelapa menunjukkan tren yang meningkat, namun permintaan terhadap kelapa yang meningkat dengan drastik menyebabkan Malaysia perlu mengimport dari Indonesia dan Thailand terutamanya pada musim perayaan. Selain itu, peningkatan dalam produk kelapa seperti air kelapa muda yang menjadi minuman harian juga menjana kepada peningkatan dalam permintaan terhadap kelapa. Fenomena ini berterusan meluaskan jurang antara pengeluaran dan penggunaan kelapa. Justem objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti dan menganalisis perkembangan dan prospek industri kelapa di Malaysia. Kajian ini menggunakan analisis diskriptif. Dapatan kajian mendapati industri kelapa di Malaysia amat berpotensi di masa depan dan memerlukan campurtangan kerajaan untuk memastikan industri kelapa terus berdaya saing dalam ekonomi Malaysia khususnya bagi sektor makanan.