Summary: | Kajian ini bertujuan melihat kepentingan sikap dalam mempengaruhi kesejahteraan hidup stlbjektif petani padi di negeri Perlis yang berada di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). Sikap dihipotesiskan sebagai pengantara dalaln hubungan antara institusi, ancaman dan aset kehidupan dengan
kesejahteraan hidup subjektif petani. Kajian dijalankan terhadap 347 orang petani padi di kawasan MADA Wilayah I (Perlis). Model persamaan berstruktur (SEM) dan pakej AMOS 22 digunakan untuk menganalisis data bagi menguji hipotesis yang dibangunkan. Hasil kajian mendapati tiga faktor penting dalam mempengaruhi kesejahteraan hidup subjektif petani iaitu institusi, ancaman dan aset kehidupan. Ketiga-tiga faktor tersebut
mempengaruhi kesejahteraan hidup petani secara tidak langsung iaitu melalui pembolehubah sikap sebagai pengantara. Memandangkan tidak terdapat kesan langsung dalam hubungan antara ketiga-tiga faktor tersebut terhadap kesejahteraan hidup, ini bermaksud sikap menjadi pengantara penuh dalam hubungan ;Intara ketiga-tiga pembolehubah tersebut dengan kesejahteraan hidup subjektif petani. Oleh yang demikian, pembuat polisi perlu
mengambilkira pengaruh sikap petani dalamsetiap perlaksanaan projek pembangunan berkaitan petani.
Kegagalan mengambilkira peranan sikap akan menyebabkan kita terlebih anggar peranan institusi, ancaman dan aset kehidupan terhadap kesejahteraan hidup petani dan seterusnya akan hanya membawa hepada pembazirandalam sumber dan peruntukkan negara.
|