Penglibatan dan Peranan Penduduk Terhadap Penjenamaan Tempat di Pulau Langkawi, Kedah

Penjenamaan tempat digunakan sejak beberapa dekad yang lalu sebagai pemasaran, untuk mengalakkan pembangunan ekonomi. Malaysia mempromosikan penjenamaan tempat dengan slogan “Malaysia Trully Asia” untuk menarik minat pelancong asing. Malaysia mengetengahkan rakyat yang berbilang kaum untuk mempromos...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Kamarudin, Nor Hidayah, Mohd Rashid, Sabrina
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/25357/1/SMMTCPS%202018%20195%20200.pdf
Description
Summary:Penjenamaan tempat digunakan sejak beberapa dekad yang lalu sebagai pemasaran, untuk mengalakkan pembangunan ekonomi. Malaysia mempromosikan penjenamaan tempat dengan slogan “Malaysia Trully Asia” untuk menarik minat pelancong asing. Malaysia mengetengahkan rakyat yang berbilang kaum untuk mempromosikan negara di seluruh dunia. Begitu juga, Pulau Langkawi turut menjenamakan bandar sebagai salah satu teknik pemasaran dengan jenama “Naturally Langkawi”. Kajian ini dibuat di Pulau Langkawi menglibatkan penduduk tempatan terhadap penjenamaan tempat di Pulau Langkawi. Memandangkan hakikat penduduk penting sebagai sasaran dalam usaha untuk pemasaran tempat Penglibatan penduduk dilihat daripada peranan penduduk dan penggunaan saluran media sosial. Proses penjenamaan tempat adalah mustahil tanpa penglibatan penduduk dalam semua peringkat. Justeru, usaha pemasaran tempat perlu mengintegrasi penduduk tempatan. Kajian ini merupakan penyelidikan kualittatif menglibatkan temu bual semi berstruktur bersama dengan organisasi dan penduduk tempatan. KATA KUNCI: Penjenamaan tempat, penglibatan penduduk, peranan penduduk, saluran media.