Summary: | Kemalangan di tempat kerja boleh disebabkan oleh beberapa faktor misalnya kegagalan majikan untuk menyediakan prosedur keselamatan yang baik atau kerosakan pada mesin. Gelagat keselamatan pekerja ketika bekerja juga dilihat memberikan impak yang sama ke atas tahap keselamatan di tempat kerja. Gelagat keselamatan pekerja boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor antaranya peranan majikan dalam
mempupuk sikap mementingkan keselamatan di kalangan pekerja. Maka, pengkaji berminat untuk mengkaji hubungan antara peranan majikan dan gelagat keselamatan pekerja. Kajian ini dijalankan terhadap 30 orang responden yang terdiri daripada kakitangan Unit Kecemasan, Hospital Kuala Nerang, Kedah. Maklumat mengenai kajian dikutip menggunakan soal selidik. Hasil analisis statistikal membuktikan terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara kedua-dua pemboleh ubah tersebut. Perbincangan terperinci dilakukan bagi menghuraikan penemuan kajian. Pengkaji juga mencadangkan supaya latihan pengukuhan dilaksanakan sebagai langkah yang boleh diambil oleh majikan dalam memastikan pekerja mempamerkan gelagat keselamatan yang positif di tempat kerja.
|