Profil dan sosioekonomi dalam kalangan orang yang hidup dengan HIV/AIDS (OHDHA)

Kajian ini dijalankan bertujuan meneliti profil dan status sosioekonomi dalam kalangan orang hidup dengan HIV/AIDS (OHDHA). Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis profil orang yang hidup dengan HIV/AIDS; mengenal pasti status sosio ekonomi golongan OHDHA; mengenal pasti impak HIV/AIDS yang di...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Md. Zain, Rajwani, Abdullah, Nor Azimah Chew
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/26217/1/Profil%20OHDHA_ERGS.pdf
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bertujuan meneliti profil dan status sosioekonomi dalam kalangan orang hidup dengan HIV/AIDS (OHDHA). Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis profil orang yang hidup dengan HIV/AIDS; mengenal pasti status sosio ekonomi golongan OHDHA; mengenal pasti impak HIV/AIDS yang dialami oleh OHDHA; serta menerokai isu-isu psikososial yang dialami oleh OHDHA. Setelah maklumat yang diperolehi dan dianalisis satu model pencegahan jangkitan HIV/AIDS dicadangkan. Profil responden bukan hanya melibatkan demografi tetapi turut melibatkan maklumat yang lebih terperinci, manakala sosioekonomi merangkumi pelbagai elemen yang berkaitan. Kajian ini berbentuk kuantitatif melalui pengumpulan data secara kaedah tinjauan terhadap individu yang telah dikenalpasti memenuhi ciri-ciri sebagai responden. Responden kajian terdiri daripada 207 orang OHDHA daripada salah sebuah NGO yang menyediakan perkhidmatan kepada OHDHA. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik. Hasil kajian ini menunjukkan secara umumnya, responden mempunyai latar belakang yang sederhana dari segi pendidikan, pekerjaan dan pendapatan. Terdapat banyak persamaan data jika dibandingkan dengan statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, namun data bagi kajian ini adalah lebih menyeluruh dan terperinci. Begitu juga dari segi sosio ekonomi OHDHA berada dalam kategori sederhana. Terdapat impak tertentu yang dialami oleh OHDHA kesan jangkitan HIV/AIDS terutama dalam aspek pekerjaan, kesihatan dan rawatan yang perlu dilakukan. Beberapa isu psikososial turut dihadapi OHDHA termasuk isu stigma dan diskriminasi, pendedahan kendiri dan daya tindak. Berdasarkan kasil kajian ini, satu model cuba diperkenalkan bagi langkah pencegahan jangkitan HIV/AIDS dalam kalangan masyarakat. Melalui model ini setiap peringkat perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan kadar jangkitan HIV/AIDS dapat dicegah atau sekurang-kurangnya berjaya dikawal.