Summary: | Keusahawanan sosial Islam (KSI) merupakan salah satu aktiviti yang dapat menyeimbangkan kestabilan ekonomi negara. Bagi melaksanakan KSI secara holistik, usahawan tersebut perlu menerapkan sifat-sifat terpuji (mahmudah) dalam diri agar
dapat mengelakkan diri dari sifat-sifat terkeji (mazmumah) dan dapat memenuhi objektif yang ingin dicapai iaitu berjaya di dunia dan akhirat. Kertas kerja ini adalah bertujuan menghuraikan peranan sifat-sifat terpuji (mahmudah) dalam KSI melalui
perspektif media sosial dan revolusi industri 4.0 di Malaysia. Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah analisis kandungan berdasarkan kajian-kajian lepas serta merujuk sumber al-Qur’an dan as-Sunnah. Hasil kajian menunjukkan bahawa peranan sifat-sifat terpuji (mahmudah) ini sangat besar dan perlu diutamakan dalam mencapai matlamat
KSI melalui perspektif media sosial dan revolusi industri yang semakin pesat kerana ia dapat dijadikan sebagai panduan dan sempadan kepada para usahawan untuk meneruskan aktiviti muamalat yang berlandaskan hukum syarak. Antara sifat-sifat
terpuji (mahmudah) itu adalah taubat, ikhlas, takut kepada Allah SWT, zuhud, sabar, syukur, tawakal, kasih sayang, redha dan mengingati mati. Oleh itu, perbincangan mendalam secara ilmiah akan dikupas dalam kajian ini.
|